Birah tengkorak
Birah tengkorak

Birah tengkorak

Birah tengkorak atau keladi tengkorak ini ialah pokok Birah kacukan Alocasia watsonia Hort. dan Alocasia sanderiana Hort. [1]. dengan penyingkatan nama Alocasia x amazonica [1]. Nama umum Melayunya masih menggunakan birah tengkorak. Ada juga maklumat di mana ia diperkenalkan dengan nama keladi kris plant. Pokok birah tengkorak mempunyai batang tidak nyata, berubi (rizom)[2] dan akar berselirat. Tangkai pokok ini bersambung dengan daun secara sempurna. Daunnya mempunyai urat berwarna hijau muda yang kelihatan jelas. Hujung urat daun pula membentuk unjuran menjadikan daun kelihatan berlekuk-lekuk. Permukaan daun mempunyai lapisan seperti lilin. Pokok ini membiak dari anak pokok yang muncul dari ubi. Ia disebarkan apabila anak pokok ditanam semula di dalam industri seni laman. Ianya lambat menghasilkan anak pokok dan lambat membesar. Pokok keladi ini menjadi kegemaran pecinta tanaman hiasan kerana bentuknya yang unik serta warna yang terang.